Senin, 24 Maret 2014

masjid namirah

tempat-bersejarah05
Muzdalifah pula ialah tempat bagi jemaah haji bermalam (mabit) pada malam 10 Zulhijjah. Ia dinamakan Muzdalifah kerana ramai orang singgah di tempat itu pada tengah malam atau kerana semua orang bergerak secara serentak dari tempat tersebut.
Terdapat sebuah masjid di Muzdalifah yang dikenali sebagai Masjid al-Masy’ar al-Haram ialah tempat Baginda Rasulullah mengerjakan solat Maghrib dan Isyak, seterusnya mabit keesokan harinya.
Arafah, yang merupakan tempat untuk mengerjakan wukuf pada 9 Zulhijjah, dinamakan Arafah sempena tempat pertemuan pertama antara Nabi Adam dan Hawa selepas mereka diturunkan ke bumi. Ia juga dinamakan Arafah kerana di tempat itulah Malaikat Jibrail mengajar Ibrahim mengenai amalan haji.
Arafah merupakan sebuah hamparan padang pasir yang luasnya kira-kira 10.4 kilometer persegi. Jarak Arafah dari kota suci Mekah ialah 21.9 kilometer dari arah tenggara Masjidil Haram. Arafah adalah tanah halal dan pemisah antaranya dengan tanah haram adalah Wadi ‘Uranah iaitu tempat di mana Nabi Muhammad menyampaikan Khutbah Arafah ketika baginda mengerjakan Haji terakhir sebelum baginda wafat pada tahun 10 Hijrah.
Masjid Namirah. Pada tanggal 8 Dzulhijah, Nabi MUhammad SAW menuju Afarah lewat Mina, bermalam di Mina hingga matahari terbit, beliau naik onta menuju Arafah dan singgah ditempat yang bernama Namirah.
Jabal Rahmah, disini terdapat pilar yang menandai titik dimana Nabi Adam AS dan Siti Hawa dipertemukan setelah terpisah di dunia.
Di kaki bukit ini terdapat al-Sakhrah iaitu batu tempat Baginda Rasulullah berwukuf.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar