Mina pula adalah tanah haram yang menjadi tempat mabit bagi jemaah haji pada malam 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Ia dinamakan Mina kerana banyaknya darah mengalir daripada binatang ternakan (unta, lembu dan kambing) yang disembelih sebagai dam, korban dan sedekah.
Di Mina terdapat tiga jamrah yang menjadi tempat bagi jemaah haji melontar anak-anak batu sebagai sebahagian daripada amalan haji mereka. Ia dipanggil Jamrah kerana anak batu dilontar di tempat tersebut atau kerana batu lontaran yang terkumpul di situ.
Jamrah tersebut ialah Jamrah Sughra (Ula) iaitu yang berada berhampiran Masjid Khaif dan menghadap ke arah Mina, diikuti dengan Jamrah Wusta yang jarak antara kedua-duanya kira-kira 200 meter. Jamrah terakhir pula ialah Jamrah Kubra (Aqobah) yang terletak kira-kira 247 meter dari Jamrah Wusta dan menghadap ke arah Mekah.
Masjid Khaif, masjid besar dan terkenal di Mina dengan kubah bersisi delapan. Khaif berarti lembah dari mulut kemulut diceritakan bahwa tujuh puluh nabi dimakamkan disini, diceritakan juga banyak nabi berdoa disini

Tidak ada komentar:
Posting Komentar